fbpx
HINDARI 7 SALAH FAHAM LAZIM KETIKA BERQURBAN
August 12, 2018
DEMI SINAR HIDAYAH DI UGANDA, “THE PEARL OF AFRICA”
August 14, 2018

Tanggal 24 Julai 2018 lepas, beberapa orang delegasi Relawan Amal telah menziarahi Chad sebagai persediaan untuk melakukan qurban dan aqiqah disana sempena musim Raya Haji yang bakal menjelma kurang sebulan sahaja lagi.

 

Chad. Itulah nama dari negara yang terletak di Gurun Sahara, Afrika. Negara yang beribu kota di N’Djamena tersebut berbatasan dengan Libya di sebelah utara, Sudan di sebelah timur, Republik Afrika Tengah di sebelah selatan, serta Cameroon, Nigeria, & Nigeria di sebelah barat. Disebabkan keadaan wilayahnya yang didominasi oleh padang gurun & lokasinya yang jauh dari laut, Chad memperoleh jolokan “jantung mati Afrika”.

 

Delegasi Relawan Amal yang diketuai Tuan Haji Hussin Ismail, Presiden Yayasan Amal Malaysia mengambil langkah menziarahi kem pelarian di sana. Kem-kem pelarian menjadi tumpuan Yayasan Amal Malaysia untuk melakukan ibadah qurban dan wakaf Al-Quran kerana keperluan mendesak.

 

N’Djamena, merupakan kawasan pelarian Islam dari Republik Afrika Tengah yang ditindas. Pembunuhan orang Islam berlaku secara terbuka, paling menyedihkan bila  ada diantara mereka diperlakukan dengan kejam seperti dibunuh bahkan hingga sampai digoreng dan dimakan!

 

Kawasan penempatan mereka serba daif. Sekarang, mereka yang memiliki rumah walaupun kelihatan seperti pondok usang hanyalah berjumlah sekitar 5 ribu orang manakala lebih 4 ribu masih belum memiliki rumah sendiri di kem pelarian ini. Kawasan ini juga sering mengalami hujan yang lebat.

 

 

Kem pelarian ini pada mulanya adalah stadium. Mereka juga asalnya merupakan orang kaya yang menetap di bandar. Kini, genap 4 tahun mereka bergelar pelarian di bumi Chad. Ada juga sebahagian daripada mereka masih belum berkeluarga atas faktor perang yang masih melanda negara Chad.

 

Suasana di sebelah kanan ini  pula menggambarkan pembelajaran di sebuah maahad tahfiz di pinggiran bandar N’Djamina, yang juga merupakan bandar terbesar daerah Chad. Madrasah ini diusahakan oleh Sheikh Abu Bakar. Oh ya! Sebelum terlupa, pondok kecil yang bakal melahirkan al-hafiz pada usia muda ini diberi nama Pondok Khalwah ‘IbadurRahman.

 

Mereka menggunakan Al-Quran usang. Malah ada yang menggunakan papan yang bertuliskan ayat Al-Quran disebabkan bekalan mashaf yang tidak mencukupi. Mashaf Al-Quran sememangnya tidak mencukupi hingga terpaksa diceraikan agar dapat berkongsi diantara pelajar-pelajar di pusat tahfiz.

 

Belajar di tengah terik matahari, sebahagian pelajar perempuan pula mengaji di dalam bangunan, beratap dan berdindingkan zink. Bayangkan darjah kepanasan yang mencecah 36 darjah celcius!

 

Dalam hadits lain dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِماً سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كاَنَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ

Siapa yang menghilangkan penderitaan seorang mukmin dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan menghilangkan kesulitannya di hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan nescaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat. Dan siapa yang menutupi aib seorang muslim Allah akan tutupi aibnya di dunia dan akhirat. Allah selalu menolong hamba-Nya selama mana hamba-Nya menolong saudaranya. ” (HR. Muslim).

 

Marilah hulurkan bantuan dengan apa yang ada. Walau satu klik butang share ke media sosial anda, tetap dikira satu kebaikan yang akan digandakan.

Kalau bukan kita, siapa? Kalau bukan sekarang, bila? Ayuh membantu sebarkan ibadah.

======================================

Berminat sertai ibadah qurban bersama Amalqurban?

Whatsapp : http://amalqurban.wasap.my 
Call Hotline :

012-9654802 (Umar)

011-11234461 (Ain)

011-11234655 (Syafiqah)

011-11234717  (Kamil)

HOS
HOS