fbpx
ZIARAH KEM PELARIAN BUMI CHAD, SI JANTUNG MATI AFRIKA
August 13, 2018
TAHU HUKUM IBADAH KORBAN DALAM 2 MINIT
August 14, 2018

Uganda adalah sebuah negara yang berkeluasan 241,038 km2. Populasi rakyat negaranya pada tahun 2016 adalah seramai 41.6 juta penduduk, pertambahan sebanyak lebih 10.6 juta penduduk berbanding tahun 2002. Ini menjadikan Uganda sebuah negara yang mengalami lebihan penduduk (overpopulation).

Fakta juga menunjukkan bahawa Uganda adalah menduduki tangga kelima kadar kesuburan tertinggi di dunia dengan hampir 6 orang kanak-kanak lahir daripada setiap wanita.

Negara yang terkenal dengan jolokan Mutiara Afrika atau “The Pearl of Africa” ini mempunyai dua bahasa utama iaitu bahasa Inggeris & bahasa Swahili. Sebelum tahun 2005, bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi Uganda tetapi selepas itu, bahasa Swahili diangkat menjadi bahasa rasmi menggantikan bahasa Inggeris.

Dengan populasi seramai 41.6 juta ini, majoritinya adalah beragama Kristian iaitu sebanyak 85%, bakinya pula adalah 14% Islam dan 1% lain-lain agama. Namun begitu, apa yang penting ialah Uganda adalah antara negara yang termiskin di dunia dengan 65% daripada rakyatnya hidup di bawah garis kemiskinan.

Data menunjukkan pada tahun 2012, sebanyak 37.8% penduduknya berpendapatan kurang daripda USD 1.25 sehari. Kemiskinan menyebabkan ramai anak-anak tidak dapat meneruskan persekolahan dan berhenti daripada belajar.

Kebanyakan mereka mencari peluang kerja dalam sektor pertanian dengan pendapatan yang kecil. Ada juga yang memilih jalan lain dengan terlibat dengan pelacuran. Ia membawa kesan yang besar kepada negara apabila 1.4 juta rakyat Uganda terlibat dengan HIV (UNAIDS Data 2017).

 

Dalam membantu komuniti minoriti Muslim di Uganda untuk jangka panjang, Yayasan Amal Malaysia telah menjalinkan kerjasama yang erat dengan Islamic Universiy In Uganda (IUIU) sejak tahun 2016. Yayasan Amal Malaysia melalui Jabatan Pendidikan telah bekerjasama dengan IUIU dalam penyediaan program diploma dakwah IUIU dan juga program ladang penyelidikan agrikultur di sana bagi membantu untuk pembangunan industri agrikultur di negara itu.

Program AmalQurban pula adalah usaha berterusan yang dilakukan oleh Yayasan Amal Malaysia untuk membantu masyarakat minoriti Islam di sana memperolehi agihan daging hasil sumbangan qurban dan aqiqah yang dilaksanakan oleh umat Islam di Malaysia.

======================================

Berminat sertai ibadah qurban bersama Amalqurban?

Whatsapp : http://amalqurban.wasap.my 
Call Hotline :

012-9654802 (Umar)

011-11234461 (Ain)

011-11234655 (Syafiqah)

011-11234717  (Kamil)