APA BEZA AQIQAH DAN QURBAN ? SOALAN YANG SELALU DITANYA BILA TIBA JE MUSIM QURBAN

Ramai dalam kalangan kita yang bila tiba je musim qurban mesti akan sedikit keliru tentang perbezaan antara ibadah Aqiqah dan Qurban. Hakikatnya, ibadah kedua-dua ini ada banyak perbezaan. Antara perbezaannya adalah:

  • Tujuan

Aqiqah ini dilaksanakan dengan tujuan kesyukuran di atas kelahiran cahaya mata.

Qurban pula dilaksanakan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada pencipta kita, Allah Subhanahu Wata’ala. Qurban juga dilaksanakan dengan tujuan untuk mengingati kembali tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S.

  • Cara pembahagian daging

Aqiqah lebih afdhal dibahagikan daging yang sudah dimasak dan sunat dimasak dengan manis-manisan. Ianya juga lebih utama disedekahkan kepada fakir miskin dan orang-orang kaya.

Qurban pula afdhal dibahagikan daging mentah dan lebih utama disedekahkan kepada fakir miskin.

  • Tempoh pelaksanaan Aqiqah dan Qurban

Aqiqah boleh dilakukan bila-bila masa sahaja.

Qurban hanya boleh dilaksanakan pada Hari Raya Aidil Adha iaitu (10 Zulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

  • Bilangan bahagian binatang

Bahagian aqiqah kepada anak lelaki adalah dua bahagian, manakala anak perempuan satu bahagian.

Qurban pula hanya minima satu bahagian, nak bagi lebih pun boleh, mengikut kemampuan anda.

  • Tuntutan untuk melaksanakannya

Aqiqah hanya dituntut untuk melaksanakannya sekali seumur hidup.

Qurban pula dituntut untuk melaksanakannya setiap tahun.


“Ingat Qurban, Ingat AmalQurban”

Daftar Qurban Dan Aqiqah Bersama AmalQurban

You were not leaving your cart just like that, right?

Anda masih ragu-ragu untuk mendaftar?

Tak perlu risau jika perlukan bantuan atau ada pertanyaan, tim kami sedia berikan maklumat lanjut dan tawaran 'istimewa' untuk anda. Berminat? 🤗

error: Paparan adalah dilindungi
Scroll to Top