fbpx
APA BEZA AQIQAH DAN QURBAN ? SOALAN YANG SELALU DITANYA BILA TIBA JE MUSIM QURBAN
June 17, 2020
mushaf lusuh
LUSUH, TERKOYAK MENJADI HELAIAN TERPISAH
June 18, 2020

“ Alhamdulillah ada rezeki lebih last minute nak Raya Haji ni. Kalau boleh nak join buat ibadah qurban di surau dan masjid, tapi semua dah penuh. Boleh ke aku nak join qurban yang buat di luar negara tu?”

Mesti di antara kita pernah mendengar iklan-iklan di TV mahupun di corong radio yang banyak menawarkan khidmat qurban di luar negara. Sebelum kita buat keputusan untuk melaksanakan ibadah qurban, jom kita tambah ilmu dengan meneliti apa hukum buat ibadah qurban di luar negara.

PANDANGAN ULAMAK EMPAT MAZHAB

Menurut Mazhab Hanafi : Makruh dipindahkan ke luar kawasan kecuali jika disebabkan ada kerabatnya di sana atau yang lebih memerlukan.

Mazhab Maliki : Tidak harus dipindahkan sembelihan ke luar kawasan yang melebihi jarak musafir, kecuali jika ada orang yang tinggal di luar kawasan lain tadi tersangat memerlukan maka bolehlah sebahagian besar dipindahkan, dan berbaki sedikit di kawasannya sahaja.

Mazhab Syafie dan Hanbali : Hukumnya HARUS untuk memindahkan ibadah qurban di luar kawasan yang TIDAK melebihi jarak musafir, namun terdapat para ulama dari kalangan mereka yang MENGHARAMKAN memindahkannya jika lebih dari jarak musafir.

Imam Al-Nawawi dalam kitab al-Majmu’ mengakui terdapat dua pendapat dalam hal ini. Imam al-Mawardi menyatakan tiada halangan untuk dipindahkan. Namun Imam al-Ramli, tidak mengharuskan dengan qiyas kepada haramnya dipindahkan zakat lebih dari jarak musafir.

Suasana aktiviti melapah daging di negara Chad, 2019

PANDANGAN ULAMAK KONTEMPORARI

Manakala menurut ulama kontemporari dari beberapa badan fatwa seperti Arab Saudi, UAE dan lain-lain, HARUS dipindahkan ke negara yang lebih memerlukan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke – 66 yang bersidang pada 25 November 2004 juga memutuskan hukum HARUS kepada sesiapa yang mengadakan qurban di luar negara. Ibadah qurban di luar negara adalah sah dan mereka yang melakukannya tetap mendapat pahala.

KESIMPULAN

Maka di sini kita boleh simpulkan bahawa, HARUS dan SAH hukumnya apabila melaksanakan qurban secara wakil ke luar negara.

“Ingat Qurban, Ingat AmalQurban”