Pagi tadi, Kak Jah menyelit meraikan Rakan Jalanan sekitar Chow Kit. Anjuran Guru Jalanan, Yayasan Amal Malaysia, dengan kerjasama iCare Selangor, Win 2B7 & ARC (Alternative Riding Club, Puncak Alam).
- ‘Athirah’, kanak2 perempuan comel berusia 3 tahun, tanpa segan silu, langsung tidak takut dengan orang, menjinjit beg plastik, mengikut kakaknya yang berusia 8 tahun, memilih baju2 sumbangan. Tidak kekok langsung. “Adik, baju nih cantik, muat nih,”tegur Kak Jah.” Nak! Nak!”, bersinar bulat mata ‘Athirah’. Semua baju yang Kak Jah suggest, semua dia nak. 😁😁😁
- ‘Baby’, kanak2 perempuan berusia 10 tahun, syndrome down, ada sedikit masalah pertuturan tapi faham apa yang kita cakap. Suka kasut, baju2 bling bling. Ada sekali tu, dia try baju yang bling bling, Kak Jah tepuk tangan cakap cantik. Terus dia tetiba campak baju tu macam marah. Pastu dia terus datang ke arah Kak Jah, sambil tepuk2 tangan. Rupanya ‘Baby’ ajak Kak Jah main dengan dia. Suspens la ‘Baby’ nih. 😅😅😅
- “Pakcik duduk area sini ker?” tegur Kak Jah pada seorang lelaki berusia yang sedap menyuap nasi. “Aah, dekat2 sini, tapi malu nak cakap, Pakcik takde rumah. Senang kata gelandangan. Anak ada kerja nak kasik Pakcik? Cuci pinggan pun takpe, janji ada duit beli makanan.” Kak Jah speechless. 😢😢😢
- “Kak Kay” wanita tinggi lampai, menyewa bilik. “Selamat Berpuasa, kak,” tegur Kak Jah. “Akak tak boleh berpuasa, kena tiap2 hari makan ubat,” Kak Kay menerangkan. Ustazah Shadiya Abbas di sebelah Kak Jah menambah, “Akak, jaga solat tau.” Di balas dengan anggukan Kak Kay, sambil menunduk. Lama kemudian, Kak Kay membuka mulut, “Saya baru dan tengah belajar Al-Qur’an…”. Allahu… Sebak hati Kak Jah dengar statement jujur Kak Kay. 😢😢😢
Ini antara watak2 yang Kak Jah temui dan sempat berbual pagi tadi sepanjang program. Pertemuan yang menghidupkan jiwa antara satu sama lain. First time join program dengan Yayasan Amal even dah bertahun2 Ustaz MK Azman add dalam group WA, 😅😅😅. Terjumpa balik dengan Kak Azita Ayu, my classmate masa kelas Talaqqi Al-Qur’an (Menengah) 2016 yang aktif bekerjasama menyantuni Rakan Jalanan dengan mengadakan kelas Fardhu Ain. Salute! 😘
@ Surau Al Hijrah Chowkit