fbpx
AWAS SCAMMER!
May 8, 2019
PENGALAMAN SEORANG SUKARELAWAN @Mirza Riadianie MENYANTUNI RAKAN JALAN SEMASA PROGRAM KENDURI AKIKAH DAN SAMBUTAN RAMADHAN 1 MEI 2019
May 9, 2019

Kerja-kerja dakwah semakin hari makin mencabar


Dulu kami di Yayasan Amal Malaysia sentiasa buat ziarah ke pendalaman Sabah dan Sarawak.. Buat kebajikan.. Bantu mereka yang susah yg hidup jauh di pedalaman.. Dan yang paling penting, seru dan ajak mereka mengenal dan mengESAkan Allah.. Alhamdulillah ramai juga yang menyahut seruan ini.

Tapi menjadi satu cabaran bagi kami adalah bagaimana nak menjaga saudara-saudara baru ini. Bagaimana nak mengukuhkan aqidah mereka, mengilmukan mereka dengan kefahaman Islam yg sebenar. Apalagi cabaran besar bila dapat berita ada yang aqidahnya goyang dan mudah kembali murtad.. sedih sangat.

Pernah saya di satu lokasi di Sarawak, seorang pakcik tua dari suku kaum Penan, menitiskan air matanya depan saya. Mengadu katanya “Tolonglah hantarkan kami ustaz-ustaz yg boleh ajarkan kami islam. Katanya dulu di kampung itu ada surau yg dibina di tepi sungai. Tapi oleh kerana tiada siapa yg ada ilmu, maka surau itu terbiar dan lama kelamaan runtuh dihanyut air banjir”. Pakcik tua itu sudah 20 tahun masuk islam. Bukan kata nak baca Fatihah dan bersolat, syahadahnya pun belum ingat. Alhamdulillah.. teguh pendirian pakcik itu. Dalam tempoh itu, anak dan cucunya tetap juga beriman dan mengaku sebagai ISLAM

Kita selalu fikir, kerja Dakwah ini adalah kerja seorang Ustaz. Tapi bagi mereka, semua orang di semenanjung sudah bertaraf ustaz. Sudah ada ilmu tentang Islam, sekurang-kurangnya tahu ilmu Fardu Ain. Tahu bagaimana nak bersolat. Tahu bagaimana nak berhadas. Itulah yg saudara kita di sana sangat memerlukan..

Alhamdulillah.. Sejak 2010, inisiatif baru telah dibuat oleh Yayasan Amal Malaysia bagi menyelesaikan masalah ini. Di pimpin Oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din sebagai Pengerusi Majlis Perunding. Maka tertubuhlah Pusat Dakwah Serantau – P.D.S.. Bertujuan untuk melahirkan para Da’ie atau Ustaz dari kalangan Muallaf dan masyarakat pedalaman dari pelbagai suku kaum Sabah dan Sarawak. Mereka dijemput belajar di PDS dengan kos perbelanjaan yang ditanggung 100% oleh Yayasan Amal Malaysia. Merekalah yang menyambung usaha pemantapan Islam dan dakwah ini kepada saudara-mara dan kaum mereka, dengan bahasa dan adat mereka sendiri yang lebih mereka fahami.

Para pelajar PDS di ajar dengan pelbagai ilmu agama dan kemahiran hidup

Kini Usia PDS pun sudah hampir 10 tahun. Legasi TGHD ini masih kami teruskan. Hasil dari usaha ini alhamdulillah ribuan telah memeluk Islam. Permintaan kemasukan pelajar baru dari kalangan saudara-Saudara baru saban tahun semakin tinggi. Yayasan Amal Malaysia kini berusaha untuk menyiapkan bangunan baru Pusat Dakwah Serantau di Banting Selangor.

Dan ia memerlukan dana yang besar bagi membantu membangunkan bangunan baru serta kos operasi. PDS tak mampu, untuk berjaya tanpa sokongan dan dokongan kita semua.

Surau PDS di bangunan sementara Pusat Dakwah Serantau sekarang

InsyAllah kami akan istiqamah dalam usaha ini. Dan kami nak ajak semua ummat Islam bersama-sama kami dalam usaha ini..


Sabda Rasullullah yg bermaksud: 
“Siapa yg membantu menyiapkan kelengkapan pejuang (dalam usaha dakwah) ini. Sesungguhnya dia juga akan mendapat pahala berjuang”.


(HR Bukhari dan Muslim)

Dan Sabda Nabi lagi, “Sesungguhnya Jika kerana sedikit usaha engkau menjadi asbab seseorang itu mendapat hidayah Allah, lebih baik padamu dari mendapat Dunia dan seluruh isinya”.


Riwayat Muttafaq ‘Alaih
Plan Kompleks Pusat Dakwah Serantau yang mampu memuatkan 400 orang pelajar
Al marhum Tuan Guru Haron Din ketika majlis perasmian pecah tanah Kompleks Pusat Dakwah Serantau
Majlis Iftar Perdana sempena mengumpul dana untuk Pusat Dakwah Serantau

Pada yang berminat, jom kita berbuka sama-sama. Sambil kita menyumbang ke tabung pembangunan dan dakwah Pusat Dakwah Serantau. Jom kita support usaha ini. Pinjam sekejap kata-kata sahabat saya saudara Mokhtar Suhaili di awal penglibatan saya, “kalau bukan kita siapa?, kalau bukan sekarang bila?”

Boleh Hubungi saya untuk tempahan meja. Tak dapat tempah meja boleh ambil kerusi je pun ok. Hanya RM150 sahaja. Semoga menjadi baja rezeki kita di dunia dan saham pahala besar di akhirat nanti..

Sumbangan ikhlas secara online boleh klik link berikut : https://www.billplz.com/pusatdakwahserantau

Saifullah Hussin Al-Tobaqi
Penulis merupakan Pensyarah dan ahli Majlis Perunding Pusat Dakwah Serantau