Ketika PU Rahmat dan Imam Muda Fakhrul mula merapatkan Saff terdengar suara Brother Ali menyeru nama IM Fakhrul..
fakhrul fakhrul aina enta? Jerit Brother Ali..
Brother Ali merupakan warganegara Sudan yang banyak membantu kami membongkar peta Luka Umat islam di Afrika
Bro Ali meminta IM Fakhrul Menjadi Imam solat Eid Adha, masyaAllah suatu penghargaan bagi Kami sebagai Orang Luar untuk Menjadi Pemimpin dalam Solat Terbesar mereka !
Mengapa terbesar? Di Negara Afrika , bangladesh dan arab khususnya mereka menganggap Raya Eid Adha lebih utama berbanding Eid Fitri kerana banyaknya Peristiwa penting didalam bulan zulhijjah Seperti Ibadah Haji dan Ibadah Qurban.
Takbir yang pertama, kedua , ke tiga sehingga Akhir dilakukan penuh cermat oleh Imam Muda Kita
IM fakhrul memulakan bacaan Al Fatihah dengan men’sirr’ (menyembunyikan/memperlahankan) sebutan Bismillah , mengapa?
Kerana rata rata Penduduk Sudan Afrika bermazhab Maliki.
Hormat tertinggi buat IM Fakhrul yang bijak meraikan perbezaan Mazhab dalam cabang hukum Agama
Alunan Bacaan Surah IM Fakhrul yang mendayu menenggelamkan saya dalam keasyikan dan mula muhasabah bagaimana sikap kita dalam beragama khususnya dimalaysia
Kita menanam benci dan menghala Senapang Label kafir kepada Saudara kita yang berbeza pendapat
Saya tidak tahu Hadith mana yang kita pakai sehingga hari ni rakyat malaysia berpecah dan Bergaduh
Saya hanya tahu ada hadith begini
عَنْ أَبِيْ حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ خَادِمِ رَسُوْل الله عَنْ النَّبِي قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Dari Abu Hamzah Anas bin Malik, khadim (pembantu) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, Beliau berkata,
“Tidaklah seseorang dari kalian sempurna imannya, sampai ia mencintai untuk saudaranya sesuatu yang ia cintai untuk dirinya”.
Di Hari Raya Eid Adha ini
Sembelihlah Ego kita dengan memohon Maaf kepada Saudara yang kita Sakiti Baik dengan Lidah mahupun Anggota
Ukhwwah itu Lebih besar daripada Perbezaan Pendapat
Kami nak bersiap untuk Menyembelih Lembu dan kambing Rakyat Malaysia di Afrika.
Catatan Penuh Ikhlas :
PU Rahmat
Republik Selatan Sudan (9 Pagi Waktu Tempatan)
(Daripada Amal Qurban Yayasan Amal Malaysia)