fbpx
Imam Muda Fakhrul Diberi Perhormatan Besar Mengimani Solat Eidul Adha
SEMOGA AMALAN DITERIMA ‘PENDUDUK LANGIT’
September 13, 2016
Amal_Qurban_Catatan_Kembara_Qurban_Sudan
SUKA DUKA MASAM MANIS KEMBARA QURBAN AFRIKA
September 4, 2017

CATATAN PERJALANAN IMAM MUDA FAKHRUL DI RABAK, SUDAN

Episod misi korban kami di Rabak, Sudan masuk hari yang kedua. Hari ini kami dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil untuk cover kawasan pelarian dan penempatan termiskin sekitar kawasan Jabalain dan Salam termasuk ke seberang Sungai Nil Putih dan sempadan negara Sudan Selatan yang sedang bergolak.

Saya diamanahkan untuk menyampaikan amanah korban kambing sebanyak 88 ekor di kawasan penempatan termiskin. Subhanallah…satu kampung demi satu kampung kami jelajahi dalam keadaan cuaca yang tersangat panas meredah tanah luas. Jarak antara kampung ke kampung dari 1 km hingga 15 km. Setiap kampung kecil kami sampaikan 3 atau 4 ekor kambing bergantung kepada keperluan dan pembahagian yang telah dibuat oleh pihak berkuasa tempatan. Setiap kali kami sampai. Kami dikerumuni penduduk seperti semut mengerumuni gula.

Uniknya di sini, setiap kampung dikuasai oleh puak atau kabilah-kabilah tertentu. Kuasa terbesar diketuai oleh Umdah atau Mu’tamad. Umdah adalah ketua kabilah yang memegang kata putus di sesuatu tempat dan dianggap ayah oleh kawasan tertentu. Mu’tamad pula ada ketua kawasan yang dilantik oleh kerajaan. Peliknya kedua-dua jawatan ini seolah tidak ada kena mengena antara satu sama lain. Kuasa di dalam puak lain, manakala kuasa dari pihak kerajaan pula lain.

Soal kemiskinan tak dapat dinafikan langsung. Rumah hanya dibina dari tanah. Tanpa bekalan air yang bersih. Pelbagai kes penyakit khususnya malaria. Pakaian kusut masai. Tiada tandas, hanya semak samun menjadi tempat melepas hajat. Jalan pun tiada. Mengingatkan kita betapa beruntungnya kita walaupun kadang-kadang terasa susah.

Walaupun susah, tetapi kami bahagia melaksanakan tugasan ini. Siksa dalam bahagia.

Kadang-kadang saya terfikir, betapa kita terlalu menyibukkan diri memerah fikiran untuk mencari sebab untuk berpecah dan bergaduh pada perkara yang khilaf sehingga mengakar kebencian. Walhal diluar sana jutaan saudara mara kita sedang memerlukan kita, tidak kita perah otak dan tindakan untuk melakukan sesuatu.

Pesanan saya pada mereka yang suka bermain dengan perbezaan. Keluarlah menjenguk ummah!. Pasti anda akan merasa bahawa anda sedang bermain dengan perkara yang kecil. Besarkan jiwa anda dengan membesarkan langkah dan pemikiran. Benarlah kewajipan lebih banyak dari masa yang ada.

Alfaqir IM Fakhrul
Majma’ Sofa
Jabalain Sudan