Program Qurban & Aqiqah melalui AMALQURBAN daripada Yayasan Amal Malaysia ini dengan motto #feedthepoor adalah program bagi menyantuni mangsa bencana kemanusiaan (kebuluran/peperangan/IDPs/pelarian/penyisihan lantaran penafian hak beragama terhadap masyarakat minoriti Islam dll) di pelbagai pelusuk dunia melalui pendekatan bantuan makanan melalui ibadah qurban dan aqiqah.
Pihak Amal Qurban telah melantik rangkaian perunding di pelbagai lokasi untuk memudahkan proses pendaftaran anda. Kami sama sekali tidak membenarkan perunding menerima wang tunai untuk tujuan pendaftaran. Sila laporkan kepada pihak pengurusan jika terdapat individu yang bertindak sedemikian.
Mudahnya merancang penyertaan Qurban anda pada tahun 2022 ini dengan Slot Tabung Qurban. Setiap bulan dapat menabung sikit-sikit, tak terasa banyak wang dikeluarkan. Sebelum sertai AmalQurban, […]