SIMPAN DAGING QURBAN SELAMA 8 BULAN ?!

Terkejut salah seorang delegasi AmalQurban sebelum ini apabila dikhabarkan berkenaan amalan penduduk di Kampung Eid Barbikar, Oumdurman, Sudan.

Khawla Mujamma Sheikh Zainal Abidin di kampung tersebut menempatkan lebih 1500 pelajar tahfiz yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kanak-kanak dan remaja. Amalan penduduk menjemur daging merupakan kaedah penyimpanan daging dek kerana tiada kemudahan peti ais.

Selain itu daging yang telah dikeringkan menjadi keras seperti kayu akan dikisar untuk dibuat serbuk. Sepanjang tahun mereka akan berkongsi sup berperisa daging hanya daripada serbuk daging qurban yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia…

INGAT…! Sup daging mereka, hanya lah air semata dengan perisa serbuk daging yang di sidai tersebut.

Bagaimana pula dengan KITA? Berapa lamakah daging qurban yang disimpan di dalam freezer di rumah kita mampu bertahan? Bersyukurlah kita dengan nikmat makan yang melimpah ruah.

“Ingat Qurban, Ingat AmalQurban”

Daging qurban yang dipotong secara kecil dan dijemur untuk kegunaan sepanjang tahun

You were not leaving your cart just like that, right?

Anda masih ragu-ragu untuk mendaftar?

Tak perlu risau jika perlukan bantuan atau ada pertanyaan, tim kami sedia berikan maklumat lanjut dan tawaran 'istimewa' untuk anda. Berminat? 🤗

error: Paparan adalah dilindungi
Scroll to Top