Kami mulakan kalam ini dengan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
“Bayi itu tertebus dengan aqiqahnya. Disembelih aqiqah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”. Riwayat Abu Daud (1522)
Berdasarkan hadith di atas, dapatlah difahami bahawa jika seseorang bayi itu dilahirkan, maka disunatkan untuk dilaksanakan aqiqah ke atasnya. Namun begitu, bagi janin yang telah meninggal, ulama ada perbezaan pendapat.
Kami lampirkan bersama pendapat ulama’ berkenaan jika janin yang meninggal dunia atau gugur, maka adakah disunatkan juga untuk dilaksanakan aqiqah ke atasnya atau tidak disunatkan. Dalam hal ini kami memetik kata-kata Ibn Hajar al-Haitami di dalam kitabnya:
Maksudnya: “Sesungguhnya aqiqah disunatkan ke atas janin yang gugur setelah ditiupkan roh pada dirinya. Dan jika belum ataupun tidak ditiupkan roh padanya maka ia merupakan objek yang tidak akan dibangkitkan dan tiada manfaat daripadanya pada Hari Akhirat kelak, maka tidak disunatkan ke atasnya aqiqah. Ini berbeza dengan janin yang telah ditiupkan roh ke atasnya maka sesungguhnya dia telah hidup dan bakal dibangkitkan di Akhirat kelak, dan bermanfaat dengan syafaatnya. Telah berkata sebahagian ulama’ terdahulu: Barangsiapa yang tidak melakukan aqiqah ke atas anaknya maka tiada syafaat baginya (dari anaknya) pada hari Kiamat. Maka difahami daripada kalam mereka bahawasanya pelaksanaan aqiqah mengikut kepada anak yang boleh memberi syafaat, yakni anak yang telah ditiupkan roh ke atasnya, begitu juga terikat padanya hukum sunat.” [Lihat: al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra; 4/257]
Berdasarkan kalam ini, Dar al-Ifta’ al-Misriyyah ada mengeluarkan pendapat mereka iaitu jika umur janin ialah empat bulan atau lebih maka disunatkan aqiqah ke atasnya disebabkan telah ditiupkan roh ke atasnya. Adapun jika ia tidak melebihi tempoh empat bulan, maka tidak disunatkan untuk melaksanakan aqiqah ke atasnya kerana ia mengambil hukum objek. Perkara ini dikuatkan lagi dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Fatawa al-Lajnah al-Da’imah; 8/407].
Kesimpulannya, berdasarkan kepada penerangan di atas, dapatlah kami simpulkan jawapan kami kepada beberapa noktah seperti berikut:
“Ingat Qurban, Ingat AmalQurban”