Dalam tak sedar tahun ini rupanya telah masuk tahun ke 15 program qurban dan aqiqah daripada Yayasan Amal Malaysia membawakan sumbangan qurban masyarakat Malaysia terus kepada saudara seIslam yg sangat memerlukan di negara² yang daif bermula di rantau Asia hinggalah ke hujung negara² di Afrika
Setelah di jenamakan sebagai AmalQurban pada tahun 2014, program qurban dan aqiqah daripada Yayasan Amal Malaysia ini telah menjejaki lebih dari 21 buah negara dan lebih dari setengah juta orang telah menerima manfaat daripada sumbangan berupa daging lembu, kerbau, kambing, gibas dan juga unta
Terlalu banyak air mata tangisan kegembiraan telah kami lihat sepanjang misi qurban. Ada yang berdoa panjang tanda syukur, ada yang tertanya-tanya siapakah yang sangat pemurah menghadiahkan mereka daging qurban yang ada antara mereka tidak pernah merasa pun bagaimana rasanya daging
Bukan setakat itu sahaja, telah hampir 15 ribu naskah wakaf Al Quran juga telah di agihkan buat para pelajar di madrasah tahfiz, masjid² dan juga rumah² kebajikan. Sumbangan wakaf Al Quran tersebut secara berterusan melahirkan ramai huffaz tanpa henti, lahirnya mereka umpama sesegar embun setiap pagi
Tahun ini AmalQurban sekali lagi membawakan sumbangan qurban masyarakat Malaysia ke Chad, Cameroon dan Kemboja dengan harga yang masih lagi kekal sejak 10 tahun yang lalu
Sudahkah anda mendaftar sebagai peserta qurban Aidil Adha pada tahun ini?
.
Ayuh, AmalQurban.com menerima permohonan qurban secara online hingga 9 Ogos 2019 sebelum berangkat ke lokasi jauh ke pedalaman Afrika untuk sekali lagi membahagiakan saudara kita menerusi #foodsharing hasil kasih sayang kita sebagai saudara seIslam
#amalqurban
#yayasanamalmalaysia
#relawanAmal
#aidiladha1440h
#feedthepoor
#qurban
#korban
#akikah
#spreadlove♥️