fbpx
HIKMAH KORBAN YANG RAMAI TERLUPA
August 6, 2018
SIAPA YANG DITUNTUT MELAKSANAKAN QURBAN??
August 10, 2018

Waqaf Al-Quran ini dijalankan bersempena dengan program AmalQurban pada Hari Raya Aidiladha yang akan diraikan tidak lama lagi. Kenapa kita perlu memberikan sumbangan waqaf Al-quran khususnya kepada para penuntut tahfiz di Afrika?

Kerana pada realitinya apa yang berlaku di sana adalah mereka masih menggunakan papan kayu yang diambil dari jenis pokok Madras Thorn (Pithecellobium dulce) dan ditulis ayat-ayat Al-Quran di atasnya. Kaedah yang digunakan mereka adalah perlu menghafal setiap apa yang dituliskan, barulah mereka padam dan menggantikan dengan ayat-ayat yang baru.

Setelah selesai menghafal keseluruhan mashaf Al-Quran tersebut, barulah mereka akan menggunakan Al-Quran yang diwaqafkan oleh anda semua sebagai kitab untuk membaca dan mengulangkajinya.

Jadi apa yang hendak difokuskan di sini adalah perbezaan di antara kita dengan mereka. Kita terlalu banyak simpanan Al-Quran di rumah, terkadang berlebihan tetapi bagi mereka di sana. Mereka terpaksa menceraikan helaian-helaian Al-Quran itu dan dibahagikan pula kepada pelajar-pelajar tahfiz yang lain.

Kerana apa? Kerana mereka kekurangan Al-Quran dan sangat memerlukannya.

Oleh itu saudara saudari sekalian, marilah kita menjadi sebahagian daripada golongan yang merebutkan pahala dan mendoakan agar usaha kecil ini diterima disisi Allah SWT Sebagaimana hadis Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud:

Apabila mati seorang anak Adam, maka putuslah amalan kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan kepada orang lain dan doa anak yang soleh” (Hadis Riwayat Muslim)

Maksud sedekah jariah dalam hadis di atas merujuk kepada konsep waqaf. Dengan berwaqaf, selagi mana manfaat waqaf tersebut digunakan, maka sedekah jariah tidak akan putus walaupun seseorang itu telah meninggal dunia. Ini menunjukkan bahawa amalan waqaf berfaedah bukan sahaja untuk kegunaan di dunia tetapi di akhirat juga.

======================================

Berminat sertai ibadah qurban dan waqaf Al-Quran bersama AmalQurban?

Whatsapp : http://amalqurban.wasap.my 

Call Hotline :

012-9654802 (Umar)

011-11234461 (Ain)

011-11234655 (Syafiqah)

011-11234717  (Kamil)