fbpx
4 TIPS SERTAI KORBAN DI USIA MUDA
August 4, 2018
HIKMAH KORBAN YANG RAMAI TERLUPA
August 6, 2018

Adakah anda pernah menunaikan ibadah korban? Jika pernah, pasti anda familiar dengan dua atau salah satu organisasi  yang menawarkan program Korban dan Akikah ini. Persoalannya, ramai yang terkeliru antara Amalqurban dengan EZQurban? Banyak kes orang hubungi no ini sebut nama yang itu, ada yang hubungi no yang itu sebut nama yang ini.

Nah, perkongsian ini mungkin akan membantu anda membuat perbandingan antara Amalqurban dengan EZQurban.

Namun kita harus ingat, perbandingan ini bukanlah untuk memburukkan satu sama lain, tapi sekadar penjelasan umum mengenai perbezaan antara dua pertubuhan ini.

Perkongsian maklumat dalam ruangan ini juga tertakluk kepada perkembangan semasa kami yang mungkin ada beberapa perubahan dari rujukan asal kami. Saya juga terbuka sekiranya ada pertambahan atau perkara yang perlu dikurangkan dalam kandungan artikel ini.

Baiklah, perbandingan ini akan terbahagi kepada 5 Aspek iaitu ;

1. Tarikh ditubuhkan
2. Jenis pertubuhan
3. Produk tawaran
4. Sasaran
5. Lokasi

AspekEZQurbanAmalqurban
Tarikh Pertubuhan3 April 20071 November 2001
Jenis Pertubuhan- Didaftarkan di bawah SSM
- Syarikat korporat Sdn Bhd
- Didaftarkan di bawah ROS
- NGO
- Bukan syarikat korporat berasaskan keuntungan
Produk TawaranMenawarkan produk
i. Korban lembu
ii. Akikah kambing
iii. Fidyah
iv. Wakaf perigi air

Harga
Lembu : RM300/bahagian – RM2100/ekor
Kambing : RM580/ekor
Wakaf perigi : Bergantung lokasi

Menawarkan produk
- Korban lembu/unta
- Akikah kambing
- Wakaf Quran
- Zakat/fidyah
- Wakaf bangunan
- Wakaf perigi air
- Hibah
- Infaq dakwah

Harga
Lembu : RM350/bahagian – RM2450/ekor
Kambing : RM450/ekor
Wakaf Quran : RM25/naskah
Wakaf Bangunan : RM10/unit
Hibah Tanah : RM50/kaki
Wakaf perigi : Bergantung lokasi
Sasaran Kawasan Muslim dan fakir miskin di negara yang memerlukan bantuanKawasan Muslim dan fakir miskin di negara yang memerlukan bantuan
LokasiKemboja,
Vietnam,
Laos,
Myanmar,
Bangladesh,
Thailand,
Filipina,
India,
Indonesia,
Sri Lanka,
Mali,
Chad,
Kenya,
Malawi
Pelarian Rohingya
Palestin
Sudan
Uganda
Ethiopia
Cameroon
Chad
Pakistan
Kemboja
Vietnam
Laos
Myanmar
Nepal
Bangladesh
Thailand
Filipina
India
Sri Lanka
Pelarian Rohingya
Tukri
Kazakhstan

Kesimpulannya, kedua-dua organisasi mempunyai objektif yang sama, namun mempunyai perbezaan dari segi jenis pertubuhan, orientasi pergerakan, tawaran produk hampir serupa tapi harga yang berbeza selain mempunyai lokasi perlaksanaan program yang sedikit berbeza antara satu sama lain.

Diharapkan pada masa akan datang tiada lagi kekeliruan antara Amalqurban dengan EZQurban. Kedua-dua pertubuhan berobjektif untuk membantu masyarakat Muslim dan fakir miskin yang memerlukan bantuan. Pilihlah organisasi mana yang dapat membantu mendekatkan diri anda kepada Allah.

 

“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya, tetapi yang sampai kepada Allah ialah AMAL yang IKHLAS berdasarkan taqwa dari kamu.” Al Haj:37

 

Perkongsian,

Ahmad Afifi
Sukarelawan Amal

 

***perkongsian adalah di bawah tanggungjawab penulis sendiri.