fbpx
TAPAK KAKI PERTAMA MENJEJAKI BUMI AFRIKA
September 8, 2016
SURAT CINTA DARI SYURGA UNTUKMU AFRIKA
September 11, 2016

Assalamualikum WBT

Didoakan Dato Datin/ Tuan Puan/ Cik sentiasa dalam rahmat Allah dan diberkatinya, Amin..

Ingin saya kongsikan secebis kenangan menyentuh naluri kemanusiaan saya dan rakan-rakan misi Korban & Akikah di bumi Sudan pada tahun yang sudah.

Telah meniti usia 8 tahun program ini kami jalankan di bumi Sudan yang jaraknya beribu batu dari tanah air tercinta nun di benua Afrika yang sangat berbeza geografi dan budaya hidupnya berbanding kita. Misi kami ialah membantu pelarian Islam yang berada di kem-kem pelarian di sempadan Sudan-Erithria. Perjalanan kami amat memenatkan sekali, 15 jam perjalanan udara dan 15 jam perjalanan darat menuju ke lokasi misi. Kami, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu merupakan satu-satunya NGO daripada Malaysia yang berjaya masuk melaksanakan misi di bumi gersang ini. Tahun ini, kami akan menjalankan misi ini bermula 9 hingga 20 september 2016.

Sudan, bumi afrika yang dihuni 30 juta orang rakyat di 20 wilayah. Tatkala kemiskinan sebegitu, mereka masih menerima penghijrahan jutaan pelarian berketurunan Habsyah yang lari dari konflik perang di Negara Erethiria. Kebanyakan rakyat Sudan berada dalam kemiskinan dan 70% rakyatnya hampir tiada pekerjaan tetap.

Kem pelarian yang kami lawati berada di Wilayah Gardarif dan Kassala. Sebak hati kami melihat perkampungan kem yang sangat doif dengan kekurangan kemudahan asas. Rumah-rumah mereka diperbuat daripada rumput-rumput kering dan tanah liat. Rumah yang tiada bilik dihuni 2 atau 3 buah keluarga.

Saban tahun mereka sentiasa bertanyakan kehadiran kami, menantikan daging-daging lembu sumbangan korban rakyat Malaysia. Kami pula sentiasa cemas setiap tahun, takut lembu yang ingin disumbangkan kepada mereka berkurangan berbanding tahun sudah. Kami makin hiba tatkala Raya Haji makin menerjah tiba, memikirkan harapan dan riak senyum ceria saudara seislam kita di sana menantikan daging korban ini. Percayalah, mereka hanya merasai daging lembu hanya setahun sekali. Seekor lembu yang disumbangkan dikongsi hampir 10 buah keluarga di mana setiap keluarga lingkungan 7-8 orang ahli. Daging ini mereka simpan untuk mereka nikmati sedikit demi sedikit dan dihabiskan dalam tempoh 4-5 bulan. Begitulah nikmatnya daging korban yang mereka hargai dan idamkan.

Kehadiran rombongan kami pasti disambut dengan takbir dan dikejar oleh anak-anak kecil mereka. Anak-anak kecil bulat berkaca mata mereka kegembiraan apabila kami hadiahkan mereka belon dan coklat. Kesukaan mereka tatkala kami dukung mereka dan ajak bergambar. Sayu hati kami dan hilang sejenak kedukaan kami tidak dapat berhari raya Haji bersama anak dan isteri kami di tanah air.

Kami kunjungi madrasah tahfiz anak- anak ini. Ya Allah, jika di Malaysia layak digelar reban ayam ataupun stor, sangat doif. Al Quran pun mereka tak mampu nak beli sedangkan kita di Malaysia Al Quran yang murah dijual di kedai-kedai tidak langsung kita hiraukan. Sungguh… mereka sangat memerlukan naskah Al Quran. Mereka hanya mampu mengukir kayu untuk dijadikan alas menulis, dan ditulis kalam Allah yang maha mulia di atasnya untuk dibaca dan dihafal. Pernah tahun sudah Kami kunjungi sebuah madrasah anak yatim di malam hari, anak-anak yatim ini tidur berbumbungkan langit dengan gigitan kesejukan malam akibat bumbung madrasah roboh dipukul ribut dan madrasah tiada kewangan membaikinya.

Saya menyeru buat rakyat Malaysia diluar sana agar bersama kami bantu kami untuk kami membantu mereka !

Apa yang boleh diperolehi dengan RM350 sebahagian lembu ?

1. pahala korban/ Aqiqah
2. pahala sedekah daging korban kepada insan yang lebih layak memerlukan
3. Kepuasan dalam jiwa dan dalam beribadah kerana daging korban ini diagihkan kepada umat islam yang sangat memerlukan
4. Pahala berterusan atas sedekah yang diuruskan urusetia atas lebihan wang bayaran peserta. Lebihan bayaran yang ada akan disalurkan untuk kebajikan luar dan dalam negara seperti mangsa banjir, musibah, dan pelbagai lagi.

Kenapa perlu memilih Yayasan Amal Malaysia?

1. NGO yang telah dipercayai menguruskan ibadah korban/aqiqah di bumi sudan yang telah memasuki tahun ke-4
2. Telah berbakti di hampir 30 buah negara dan seluruh negeri dalam Malaysia
3. Mendapat pujian dan pengiktirafan daripada NGO luar negara, badan koprat dalam negara, dan institusi kerajaan dalam mengendalikan misi kemanusian.

 

Harga membantu mereka
? RM350/Sebahagian lembu
? RM450 seekor kambing
? RM25 senaskah Al Quran

Bantulah mereka yang memerlukan dengan tekan disini untuk memulakanya..

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca catitan coretan kenangan ini dan terima kasih tidak terhingga kerana menyebarkan info ini kepada rakan-rakan yang lain.

Yang ikhlas,
Dr Hj Suhazeli Bin Abdullah
Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu
والسلام