fbpx
Ibadah Qurban di Kasalla Sudan
August 9, 2013
Khidmat Komuniti Mindanau, Filipina
October 16, 2013

KUALA LUMPUR, 10 Okt 2013: Amal Malaysia akan meneruskan khidmat komunitinya ke seluruh dunia bermula esok hingga 20 Oktober nanti. Para sukarelawan Amal ditugaskan untuk ke Selatan Sudan, Erithrea, Sri Langka, Myanmar, Selatan Thailand, Mindanao, Kkomboja, Vietnam dan Assam India.

Khidmat komuniti ini berbentuk qurban dan aqiqah bersempena dengan hari raya Qurban yang akan menjelang tiba beberapa hari lagi. Presiden Amal Malaysia, Cg Hussin Ismail akan bersama deligasi sukarelawan amal pada tahun ini ke Selatan Sudan. Sebuah negeri yang bergolak dengan penindasan etnik serta akidah. Program kali ini juga turut disertai sepasukan pegawai perubatan yang akan menjalankan khidmat kesihatan di sana.

Manakala kawasan pelarian Erithria di kem Kessala, Sudan pula akan di ketuai oleh Cg Fauzi Abu Samah. Mereka akan bertolah ke Khourtum pada 11 oktober ini. Selain dari khidmat qurban dan aqiqah, sukarelawan Amal ini akan menjalankan khidmat komuniti mereka di pelarian Syiria yang berada di sempadan Jordan.